Home » Langit Terbuka » Rakyat Mesir sambut ulang tahun Arab Spring, tidak endahkan pilihan raya Presiden

Rakyat Mesir sambut ulang tahun Arab Spring, tidak endahkan pilihan raya Presiden

Rakyat Mesir menyambut ulang tahun Arab Spring dengan berkumpul di Kaherh. Foto : gdb.voanews.com

KAHERAH26 Jan. – Tujuh tahun selepas kejatuhan Hosni Mubarak, kehangatan revolusi yang mengubah lanskap pemerintahannya masih dirasi.

Ribuan rakyat Mesir berkumpul di ibu kota Kaherah bagi memperingati ulang tahun kejatuhan kerajaan pimpinan Mubarak pada Khamis.

Mereka berarak menuju ke Tahrir Square sambal membawa sepanduk dan melaungkan slogan kebebasan seperti yang berlaku ketika Arab Spring pada 2011.

Walaupun pilihan raya presiden bakal diadakan antara 16 hingga 28 Mac 2018, rakyat Mesir seolah-olah tidak mengendahkannya.

Tanggal 25 Januari 2011, merupakan tarikh keramat bagi rakyat Mesir yang menuntut hak demokrasi dan menentang kekejaman pihak polis.

Menurut Amnesty International, lebih 840 terkorban sepanjang 18 hari revolusi itu berlansung.

“Ini merupakan mimpi yang menjadi realiti bagi saya. Saya seolah-olah rasa wujudnya mini demokrasi, “ kata peserta perhimpunan, Ali Khafagi kepada Al Jazeera.

Seorang lagi peserta perhimpunan, Abdul Rahman Feris, berpendapat pihak kerajaan menganggap mereka yang menentang seperti kanak-kanak.

“Kami menentang (regim) bertahun-tahun dan sekadar disertai oleh hanya 100 orang atau lebih.

Disebabkan itu, pihak regim beranggapan kami hanyalah sekumpulan budak-budak,” jelasnya.

Ketika ini, hanya Fattah Al-Sisi yang akan bertanding bagi penggal kedua Pilihan Raya Presiden.  – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *