Home » Langit Terbuka » Rasuah: Bekas pegawai TLDM didenda RM100,000, harta RM1.6 juta dirampas

Rasuah: Bekas pegawai TLDM didenda RM100,000, harta RM1.6 juta dirampas

IPOH,  3 Ogos – Seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas enam pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM1.5 juta, berkaitan urusan pembekalan barangan ke TLDM antara 2013 dan 2015.

Terdahulu, tertuduh Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir,38, yang pernah bertugas sebagai Pegawai Kawalan Material 2, Depot Bekalan Armada TLDM, Lumut menukar pengakuan kepada bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Hakim S Indra Nehru turut memerintahkan Khairul Izwan memerintahkan harta milik Khairul Izwan bernilai kira-kira RM1.6 juta dilucutkan hak.

Lelaki itu didakwa menerima wang tunai berjumlah RM1.4 juta dari tempoh 9 Feb 2015 hingga 27 Feb 2015 daripada seorang kontraktor dikenali sebagai Hussin Roslin yang dikreditkan menerusi empat transaksi ke dalam akaun Affin Bank Bhd milik pihak ketiga di cawangan Sitiawan, Manjung.

Selain itu, Khairul Izwan didakwa menerima sekeping kad debit CIMB bernilai RM100,000 pada 7 Jan 2014 daripada seorang pemilik syarikat, Mohd Nasir Abdullah di CIMB Bank Cawangan Seri Manjung.

Bagi pertuduhan keenam, Khairul Izwan didakwa menerima seutas jam tangan jenama Bell & Ross di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada 2013 daripada seorang bernama Hussin sebagai hadiah kerana membantu mendapatkan projek pembekalan.

Bagi tuduhan itu, Khairul Izwan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 Sept 2015 sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh.

Terdahulu, pada 9 Sept 2015, Khairul Izwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas lima pertuduhan menerima wang dan sekeping kad debit yang semuanya bernilai RM1.5 juta.

Khairul Izwan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Amer Abu Bakar Abdullah serta Mahadi Abdul Jumaat, manakala Khairul Izwan diwakili Norhasham Hasan. Dia membayar denda RM100,000 itu.– BERNAMA

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *