Home » Langit Terbuka » Rundingan Baitulmaqdis-Israel lebih diberi keutamaan

Rundingan Baitulmaqdis-Israel lebih diberi keutamaan

KUALA LUMPUR: Ketiadaan kedutaan mahu pun wakil Malaysia di Palestin bukan bermakna kerajaan tidak bersungguh-sungguh menyokong kedaultan negara itu.

Sebaliknya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,  tindakan Malaysia mengecam pengiktirafan Amerika Syarikat yang Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan membantah ke peringkat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjadi negara serius.

“Kita kena lihat secara holistik dan bukan sekadar melihat kedudukan untuk ada pejabat perwakilan kita di Ramallah yang penting bantuan perjuangan untuk Palestin dan orang-orangnya.

“Malaysa adalah sebuah negara yang sentiasa di barisan hadapan untuk pastikan akhirnya kedaulatan Palestin benar-benar terbentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tumpat, Kamarudin Jaffar (PKR) sama ada kerajaan Malaysia berhasrat untuk menubuhkan kedutaan Malaysia di Palestin sebagai bukti sokongan kepada negara itu ketika persidangan Dewan Rakyat.

Menurut Reezal Merican, keperluan untuk menubuhkan kedutaan Malaysia di Palestin boleh dipertimbangkan selepas konflik Baitulmaqdis dan Palestin dalam diselesaikan menerusi perbincangan dua hala.

“Status akhir Baitulmaqdis mesti ditentukan melalui rundingan dua hala di bawah kerangka penyelesaian dua hala.

“Kemudian, keputusan Malaysia untuk membuka kedutaan di Baitulmaqdis hanya akan ditentukan setelah status muktamad mengenai rundingan itu diputuskan,” ujarnya. -MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *