Home » Citra Yadim » SADAKA bersama DMFK di YADIM

SADAKA bersama DMFK di YADIM

PUTRAJAYA – Bertujuan meningkatkan kompetensi pegawainya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 1 Julai telah mengadakan bengkel ‘Serlahkan Adiwira Dalam Kepimpinan Anda’ (SADAKA) yang menampilkan tokoh motivasi tanahair, Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Bengkel setengah hari ini dihadiri oleh pegawai gred 44 dan ke atas YADIM.

Antara pengisian Fadzilah dalam bengkelnya ialah ciri-ciri kepimpinan dalam diri seorang pemimpin seperti mampu membuat orang-orang dibawahnya merasa diri mereka hebat, mampu membuat orang-orang dibawahnya melihatnya hebat serta mampu melahirkan pemimpin-pemimpin yang lebih hebat dari dirinya sendiri.

Selesai bengkel, Fadzilah kemudian meluangkan masa menemui Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dan kepimpinan badan dakwah ini.

Siri kedua bengkel untuk pegawai YADIM ini akan diadakan pada 23 Julai.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *