Home » Citra Yadim » Sambutan Hari Wanita Antarabangsa MAWAR-YADIM Jumaat ini.

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa MAWAR-YADIM Jumaat ini.

PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 13 Mac ini.

Program yang diadakan di bilik latihan di ibu pejabat YADIM di sini, akan menghimpunkan beberapa tokoh MAWAR yang akan membicarakan topik topik berkaitan hal ehwal semasa wanita.

Sesi bicara pertama akan bermula pada jam 9 pagi menampilkan penasihat MAWAR, Ustazah Maznah Daud yang akan membawa tajuk ‘Seimbang Keluarga Sejahtera Wanita; Keluarga Rahmah Tonggak Kemakmuran Negara‘.

Ini akan diikuti oleh tajuk ‘Sayangi Wanita; Memupuk Kesaksamaan Gender Dalam Keluarga’ yang akan disampaikan Prof Datuk Dr Harlina Halizah binti Sirau @ Ramli, Timbalan Pengerusi MAWAR.

Topik ketiga pula ialah ‘Hormati dan Lindungi Wanita; Advokasi Isu Wanita Melalui Bidang Perundangan’ yang akan diulas pula oleh, ahli jawatankuasa induk MAWAR, Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh.

Pengerusi MAWAR YADIM, Dr Hafidzah Mustakim kemudiannya akan ,menyampaikan ucapan aluan sebelum Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dijadualkan menyempurnakan majlis ini.

Penyertaan masih dibuka kepada yang berminat menyertai program ini. Sila hubungi urusetia program Afiqah Mohd Yusof di 011-21282125@03-8870 3870 dan maklumkan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan organisasi atau pertubuhan yang diwakili.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *