Home » Citra Yadim » Sanitasi Masjid Dan Surau Bersama SAY Pasir Puteh

Sanitasi Masjid Dan Surau Bersama SAY Pasir Puteh

TOK BALI – Sebanyak tiga buah masjid dan surau di sini serta Pasir Puteh disanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 13 Julai.

Lokasi pertama ialah di Masjid Al Hijrah di perkampungan nelayan di sini. Kerja sanitasi kemudiannya diteruskan di Surau Pondok Samba berdekatan bandar Pasir Puteh sebelum lokasi terakhir sanitasi ialah di masjid Bukit Merbau.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha memastikan rumah ibadah berkenaan terpelihara kebersihannya untuk kegunaan jemaah kelak.

Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah  Malaysia (SAY) Pasir Puteh.

Program bermula pukul 9.30 pagi ini turut disertai Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang serta  Ketua SAY Jajahan Pasir Puteh Cikgu Rodin Jaya Said. Seramai 10 ahli SAY terlibat dalam program ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *