Home » Citra Yadim » 200 kotak makanan untuk penduduk Klebang, Bagan Serai

200 kotak makanan untuk penduduk Klebang, Bagan Serai

IPOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 13 Julai mengagihkan sebanyak 200 kotak barangan keperluan harian kepada penduduk Klebang dan Bagan Serai dekat sini sebagai usaha menyantuni mereka yang memerlukan.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Sumbangan pertama sebanyak 100 pek diagihkan di Surau Surau Al Taufiqiah, Pesara Klebang Jaya 9. Datuk Dr Zulkifli turut menyampaikan sumbangan wang tunai untuk kegunaan pengurusan surau ini.

Program kemudiannya diteruskan ke Surau Al Faizin, Taman Serai Permai, di Bagan Serai. 100 lagi pek barangan keperluan harian diagihkan kepada asnaf yang dikenalpasti memerlukan di sini.

Bersama YADIM, Datuk Dr Zulkifli juga menyampaikan sendiri bantuan kepada dua keluarga di sini yang memohon bantuan menerusi TeleBantuan YADIM.  

Mereka yang dibantu termasuklah sebuah keluarga yang ketua keluarganya seorang tukang yang sudah empat bulan terputus punca pendapatan akibat penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Lelaki ini juga mempunyai lima tanggungan.

Hadir sama ke program hari ini ialah Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Yang Berhormat Ustaz Razman Zakaria.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *