Home » Citra Yadim » SAR Sepang dan Kuala Langat dilancarkan

SAR Sepang dan Kuala Langat dilancarkan

ADUN Morib, YB Hasnul Baharuddin (duduk, tengah) bersama barisan kepimpinan SAR Kuala Langat dan Sepang serta pegawai YADIM

MORIB – Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Kuala Langat dan Sepang telah secara rasminya dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Morib, Y.B Hasnul Baharuddin pada 31 Mac lalu (Ahad).

Bertempat di Kem El Azzhar di sini, seramai 75 ahli SAR dari kedua dua daerah itu telah menghadiri majlis berkenaan.

Hasnul dalam ucapannya, mengucapkan tahniah atas kejayaan menubuhkan pasukan khidmat komuniti berkenaan selain menyatakan kesediaannya untuk membawa program SAR untuk diadakan secara kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor.

Beliau turut menyumbangkan RM2 ribu untuk aktiviti SAR pasukan ini melalui Pejabat Khidmat Masyarakatnya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Khidmat Komuniti dan Masyarakat YADIM, Syahrizal Mat yang turut hadir berkata, SAR Kuala Langat merupakan antara yang paling aktif dalam kegiatan khidmat komuniti sejak ditubuhkan pada Disember 2018.

Pasukan ini terlibat dengan pelbagai kerja kerja kemasyarakatan seperti pembersihan surau, menyantuni keluarga kurang berkemampuan dan pelbagai lagi aktiviti tanpa mengira agama dan bangsa.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *