Home » Langit Terbuka » Saran permohonan perkahwinan bawah umur di hadapan hakim

Saran permohonan perkahwinan bawah umur di hadapan hakim

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, cadangan perkahwinan bawah umur itu dilaksanakan sedemikian kerana hakim Mahkamah Tinggi lebih berpengalaman dan terlatih, selain bagi memastikan prosedur lebih ketat benar-benar dilaksanakan. - Foto Indahnya Islam

KUANTAN – Kerajaan akan menyarankan supaya permohonan perkahwinan bawah umur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat didengar oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah berbanding di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata ini kerana hakim Mahkamah Tinggi lebih berpengalaman dan terlatih, selain bagi memastikan prosedur lebih ketat benar-benar dilaksanakan.

Katanya, permohonan seperti itu tidak boleh diambil ringan kerana perkahwinan di bawah umur atas apa juga alasan termasuk disebabkan kemiskinan lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan kepada kanak-kanak terlibat.

“Mereka ini perlu melalui ujian psikologi, ibu bapa terlibat ditemuduga dan perlu juga melihat keadaan mental dan fizikal anak itu kerana mereka yang terlalu muda memang tidak bersedia memikul tanggungjawab itu.

‘Kita juga memerlukan laporan doktor dan sebagainya beserta SOP yang ketat dalam permohonan ini bagi melindungi kebajikan dan kesejahteraan anak-anak ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Apresiasi Wanita 2019 Parlimen Kuantan di sini.

Fuziah yang juga Anggota Parlimen Kuantan menambah cadangan SOP yang lebih ketat itu telah dibentangkan pada persidangan Ketua-Ketua Hakim Syarie pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Fuziah menambah untuk menjadikannya sebagai undang-undang lebih mencabar kerana undang-undang mahkamah syariah adalah tertakluk di bawah majlis agama setiap negeri. – Bernama

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *