Home » Langit Terbuka » Teknologi AI kenal pasti hotspot denggi

Teknologi AI kenal pasti hotspot denggi

Menteri Kesihatan berkata, pihaknya berhasrat memperluaskan penggunaan AI supaya dapat mengenal pasti kawasan yang berpotensi tinggi kes denggi sebagaimana langkah pencegahan yang telah dilaksa­nakan di Pulau Pi­nang sebelum ini. - Foto Herald Dispatch.com

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mempunyai kepaka­ran dalam penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI bagi membasmi nyamuk aedes dan wabak denggi di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sehubungan itu pihak kementerian berhasrat memperluaskan penggunaan AI supaya dapat mengenal pasti kawasan yang berpotensi tinggi kes denggi sebagaimana langkah pencegahan yang telah dilaksa­nakan di Pulau Pi­nang sebelum ini.

“Kajian daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menunjukkan keberkesanan yang baik dalam pelaksa­naan AI.

“Jika sumber ke­­wangan negara bo­­leh memperluaskan penggunaannya ke negeri lain maka kemen­terian akan memanfaatkan tek­nologi itu secara lebih lanjut kerana kita mempunyai pakar AI,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata de­mikian selepas me­rasmikan Gotong-Royong Mega Pe­rangi Aedes 1.0 di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam Fasa 2, Cheras, di sini.

Tambahnya, de­ngan penggunaan teknologi AI, kawa­san panas denggi akan dapat dikesan dan pelaksanaan akan dimulakan di ibu kota serta Selangor yang menunjukkan pe­ningkatan kes denggi dalam tempoh lebih dua dekad ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *