Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat tabur bakti di Kampung Endah

SAY Kuala Langat tabur bakti di Kampung Endah

BANTING – Minggu ini menyaksikan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat melaksanakan program menyantuni rakyat mereka di Kampung Endah di sini.

 Pada 13 Februruari, bertempat di Masjid Attoyibin di kampung berkenaan, telah dilaksanakan program sumbangan kepada seramai 20 keluarga yang memerlukan.

 

SAY Kuala Langat yang diketuai Pengerusinya Hasmawi Mahidin hadir ke program ini bersama ahli jawatankuasanya  manakala Masjid Attoyibin diwakili oleh Haji Shafie Muhamad yang juga  merupakan

Pengerusi masjid berkenaan, bersama ahli jawatankuasa mereka.

 

Sumbangan kali ini ialah daripada salah ahli jawatankuasa SAY Kuala Langat sendiri.

 

Para penerima mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan kepada mereka yang disifatkan sebagai tepat pada masanya memandangkan mereka terkesan  dengan pelbagai situasi ketika ini seperti .Covid-19

 

Terdahulu, ahli ahli SAY Kuala Langat telah melakukan aktiviti riadah di Dataran Banting di sini bersama Joe Aerodance and Fitness.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *