Home » Langit Terbuka » Saya sudah letak jawatan Presiden UIAM

Saya sudah letak jawatan Presiden UIAM

Awal November lalu, Maszlee bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM. - Foto TMI

SIMPANG RENGGAM – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau sudah meletak jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak menandatangani surat peletakan jawatannya.

Bagaimanapun Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, tidak menyatakan tarikh khusus bila beliau meletak jawatan termasuk menghantar surat peletakan jawatannya ketika ditanya media.

“Ya, saya sudah letak jawatan bila menandatangani surat (surat peletakan jawatan),” katanya selepas menyerahkan sumbangan kerusi di Klinik Kesihatan Simpang Renggam, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pakar Kesihatan dan Perubatan Keluarga yang juga Ketua Klinik Simpang Renggam, Dr Fatimah Hassan.

September lalu, Dr Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM ketujuh selama tiga tahun selepas diberi perkenan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai tahun lalu.

Namun, pelantikan berkenaan mencetuskan kontroversi apabila mendapat bantahan dan kritikan ramai yang mempersoalkan kelayakan beliau yang kini memegang portfolio sebagai menteri Kabinet.

Awal November lalu, Maszlee bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM.

Ditanya mengenai desas-desus pelantikan bekas Naib Canselor UIAM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar sebagai presiden baharu UIAM menggantikannya, Maszlee berkata, ia terpulang kepada universiti berkenaan memutuskannya.

“Kita tunggu pengumuman rasmi UIAM bagi menamakan presiden baharunya, ” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *