Home » Langit Terbuka » SC buka permohonan felo kewangan Islam di Universiti Oxford

SC buka permohonan felo kewangan Islam di Universiti Oxford

Ibu Pejabat Suruhanjaya Sekuriti. - Foto SC

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membuka permohonan bagi pencalonan Felo Pelawat Kesembilan di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), di bawah program Sarjana Tamu Dalam Kewangan Islam (SIR) bagi tahun akademik 2020/2021 yang bermula Oktober tahun depan.

SC dalam satu kenyataan memaklumkan, pemohon perlu mempunyai pengalaman yang luas dalam Kewangan Islam atau mana-mana disiplin yang berkaitan serta mempunyai kecekapan dalam menjalankan penyelidikan akademik bebas.

“Tarikh tutup permohonan pada 3 Feb depan. Sarjana yang terpilih akan tinggal di Oxford untuk menjalankan penyelidikan dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti akademik di OCIS.

“Selain itu, Felo Pelawat juga perlu untuk memberi syarahan dan mengendalikan seminar, terlibat dalam kerjasama kajian dan melakukan jangkauan kepada institusi yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Program SIR diwujudkan pada 2012 susulan resolusi yang dibuat pada Sidang Meja Bulat SC-OCIS mengenai Kewangan Islam. Ia telah mendapat sambutan di peringkat global daripada pelbagai bidang kuasa, mewakili kepelbagaian dan penerimaan kewangan Islam seluruh dunia. – Bernama

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *