Home » Citra Yadim » Ucapan Khas YAB Perdana Menteri di MUAT 2019

Ucapan Khas YAB Perdana Menteri di MUAT 2019

PUTRAJAYA – Penganjuran Multaqa Ulama Asia Tenggara (MUAT) 2019 mendapat suntikan moral serta lonjakan apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan persetujuan untuk hadir.

Tambah menarik apabila beliau turut dijadualkan untuk menyampaikan Ucapan Khas di majlis penangguhan pada 19 November nanti.

Tun Mahathir juga akan menerima resolusi MUAT yang akan disampaikan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz pada majlis itu.

MUAT 2019 yang akan berlangsung pada 18 hingga 19 November ini di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang telah menarik penyertaan kira kira 600 peserta dalam dan luar negeri.

Antara ulama dan tokoh besar yang telah menyatakan komitmen untuk hadir ialah Rektor Universiti Fatoni, Thailand, Profesor Madya Dr Ismail Lutfi Japakiya, Ketua Majlis Ulama Indonesia, Prof. Dr. Shahrin Harahap dan Ketua Umum Dewan Da’wah Islamiah Indonesia, Dr. H. Muhammad Sidik.

Sementara itu, Ahli Parlimen Port Dickson, Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan berucap dalam slot Bicara Khas dengan tajuk ‘Ilmuan Islam & Visi Nahdah Asia Tenggara’, juga pada 19 November.

Selain Anwar, antara tokoh dari Malaysia yang akan hadir ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Seri Muhammad Zulkifli Al Bakri, Mufti Sabah, Sahibus Samahah Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan kemjuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Nordin Ibrahim, Felo JAKIM, Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan,Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Jusoh dan ramai lagi.

MUAT 2019 bertemakan ‘Wawasan Kemakmuran dan Kedamaian Rahmatan Lil Alamin dianjurkan oleh YADIM dengan kerjasama MAIWP.

Ia merupakan mukadimah kepada penganjuran satu lagi majlis perhimpunann ilmuan Islam yang lebih besar, Multaqa Ulama Sedunia yang akan diadakan pada 2020.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *