Home » Citra Yadim » Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Pulau Ketam, Klang

Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Pulau Ketam, Klang

SIRI Terbaharu Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Selangor kali ini diadakan di Pulau Ketam, Klang pada 26 dan 27 Februari.
Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’ sebagai pengisian murabbi hari pertama.
Pada 27 Februari, melalui kerjasama Bahagian Khidmat Bakti YADIM, pengisian program diteruskan dengan acara Cuci-Cuci membersihkan Balai Islam diketuai oleh Ketua Koordinator Sukarelawan YADIM Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin, dan Pusat Tahfiz Mandarin Pulau Ketam diketuai oleh Ketua Koordinator Sukarelawan YADIM Kapar, Puan Alifah Nasiran.
Dalam program YADIM Peduli tersebut, kira-kira 20 ahli SAY YADIM Negeri Selangor bersama Bahagian Khidmat Bakti YADIM bergotong royong membersihkan kawasan Balai Islam dan Pusat Tahfiz Mandarin berkenaan.
Sementara itu pada masa yang sama turut berlangsung program YADIM Interaktif bersama anak-anak Orang Asli yang dikelolakan oleh barisan Daie Muda YADIM iaitu DMY Khairun Najmi Fadzil, DMY Nik Muhammad Saifullah dan DMY Muhammad Haikal Aminuddin.
Pada majlis penutupan program SEBATI Madani ini, Bahagian Khidmat Bakti YADIM diwakili Penolong Pengarahnya, Encik Abdul Qaiyum Aris telah menyampaikan watikah pelantikan pasukan Sukarelawan YADIM Pulau Ketam kepada Ketua Koordinatornya, Encik Mohd Anas Abdul Manan.
YADIM Negeri Selangor telah menyampaikan sebanyak 100 set Bakul Madani tajaan Yayasan Taqwa kepada asnaf, miskin dan muallaf Pulau Ketam. Bakul Madani yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof, ini turut diedarkan ke rumah-rumah golongan tua, sakit kronik dan Orang Kelainan Upaya di sekitar Pulau Ketam.
Sumbangan ini turut dijayakan dengan kerjasama Syarikat Family Bite Malaysia yang tidak jemu menyokong usaha YADIM.
Turut hadir dalam sesi penyampaian sumbangan ialah Ketua Polis Balai Pulau Ketam, Sarjan Mejar Zulkafli Ajid dan Pembantu Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Islam Daerah Klang, Ustaz Mohd Ezazul Fayzal bin Zolkep, serta wakil Ahli Jawatankuasa Penduduk Pulau Ketam.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *