Home » Citra Yadim » Seminar Kenegaraan Madani anjuran YADIM Terengganu

Seminar Kenegaraan Madani anjuran YADIM Terengganu

SEMINAR Kenegaraan Madani anjuran YADIM Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu, Kuala Berang telah dihadiri lebih 400 peserta pada 15 November.
Program dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta JPNT, Encik Amir Syarifudin Abdullah sebelum Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, menyampaikan ucapan perasmian berjudul ‘Peranan Masyarakat Dalam Penghayatan Teras Malaysia Madani’.
Seminar ini kemudiannya diteruskan lagi dengan Forum Madani bertajuk ’Perpaduan Asas Pembinaan Negara Bangsa (Kenegaraan)’ yang menampilkan Dr Nor Salimah Abu Mansur dari Universiti Sultan Zainal Abidin dan Mantan Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPNT, Encik Mohd Tahar Sali.
Ustaz Nasrul Hadi pula merupakan moderator untuk program ini.
Motivasi Kenegaraan Madani : Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Kenegaraan Dan Ketamadunan UMT Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir menutup pengisian program setengah hari ini.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *