Home » Citra Yadim » Seminar Menuju Negara Rahmah untuk wanita di Selangor

Seminar Menuju Negara Rahmah untuk wanita di Selangor

SHAH ALAM – Bertempat di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS), Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan sebuah seminar bertajuk ‘Menuju Negara Rahmah’.

Program pada 6 Ogos ini, turut mendapat kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan PPAS.

Seramai 200 peserta menghadiri seminar ini, yang terdiri daripada penyelia PWB Selangor dan kakitangan PPAS.

Seminar dimulakan dengan kata kata aluan yang disampaikan oleh Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim, sebelum dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Yang Berhormat Dr. Siti Mariah Binti Mahmud.

Ia diteruskan dengan sesi ceramah oleh Ustaz Hasri Haron dari Institut Maqasid Syariah, Pusat Kecemerlangan Universiti Industri Selangor dengan tajuk ‘Konsep Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah menuju Negara Rahmah’ serta Ustazah Hazlina Abd Razak (MAWAR) yang membawa tajuk Kesolehan Sosial : Nilai Rahmah Dalam Baldatun Toyyibah Wa Rabbun Ghafur

Turut mengisi slot ceramah ialah Puan Adibah Ahmad dengan tajuk Konsep Rahmah dalam Pendidikan dan Dr. Maimunah Ropar (Peranan Wanita dalam Menerapkan Nilai-Nilai Rahmah).

Menerusi seminar ini, peserta di dedahkan kepada konsep Islam Rahmatal Lil Alamin yang menjadi tonggak kepada pentadbiran kerajaan kini.

Dalam ucapan perasmiannya, Siti Mariah berharap agar PWB dapat bersama kerajaan negeri membangunkan kapasiti wanita menuju negara rahmah.

Upacara penutupan majlis disempurnalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa Dan Kampung Tradisi Selangor, Yang Berhormat Puan Rodziah Ismail.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *