Home » Citra Yadim » QSR, YADIM Kongsi Rezeki untuk pelajar asnaf di Melaka

QSR, YADIM Kongsi Rezeki untuk pelajar asnaf di Melaka

BUKIT PALAH – Sempena dengan Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka telah menyantuni 30 orang pelajar dari kalangan asnaf dalam satu majlis di Masjid Al Azim di sini pada 7 Ogos.

Majlis yang dinamakan ‘Kongsi Rezeki 2019’ itu diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka serta QSR Brands selaku penaja.

Program pertama kali diadakan ini,  disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah JAIM, Md Azhan Samat.

Hadir sama ialah Eksekutif Kanan Pematuhan Halal dan Syariah QSR Brands, Ahmad Zaki Uzali, manakala YADIM pula diwakili oleh Penyelaras Negeri Melaka, Muzaffar Abd Rahim.

YADIM dalam majlis ini telah menghulurkan sedikit sumbangan duit raya kepada para pelajar berkenaan. Selesai acara di Masjid Al Azim, QSR membawa pelajar yang disantuni membeli belah pakaian baharu sempena Aidiladha di AEON Bandaraya Melaka serta menjamu makan tengahari.

Terdahulu, Md Azhan dalam ucapannya merakamkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Menurutnya, konsep meraikan golongan yang kurang mampu melalui perkongsian rezeki ini sememangnya dituntut dalam Islam.

Beliau turut menyeru para pelajar yang disantuni untuk menjadikan kesusahan yang dialami sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *