Home » Langit Terbuka » Sesi penjelasan Maqasid Syariah Selasa depan

Sesi penjelasan Maqasid Syariah Selasa depan

Pengarah JAWI berkata, sesi yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga akan memberi penjelasan, mengukuhkan keyakinan dan memasyarakatkan pelaksanaan Maqasid Syariah. - Foto FB

KUALA LUMPUR- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan sesi ‘Town Hall’ Maqasid Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan, Selasa depan.

Penganjuran itu bertujuan menjelaskan gagasan Maqasid Syariah sebagai teras tadbir urus negara yang inklusif dan progresif.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata, sesi yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof itu juga akan memberi penjelasan, mengukuhkan keyakinan dan memasyarakatkan pelaksanaannya.

Tambahan pula, katanya, Maqasid Syariah itu juga selari dengan gagasan kerajaan, iaitu Rahmatan Lil Alamin.

Katanya, menerusi cara itu, ia akan dapat mendekatkan jurang golongan sasar dengan kepimpinan tertinggi negara dan memberi penjelasan secara terus untuk menjawab segala kekeliruan mengenai dasar kerajaan.

“Ia akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan 9 pagi dan dijangka dihadiri perancang serta pelaksana dasar dari jabatan kerajaan, agensi swasta, badan bukan kerajaan serta institusi pengajian di Wilayah Persekutuan.

“Ia akan mengeratkan jalinan kerjasama antara persekutuan dan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam khususnya pelaksanaan Maqasid Syariah.

“Saya harap semua pihak dapat mengambil peluang kerana ia adalah program bermanfaat bukan saja untuk mengetahui hala tuju Islam di Malaysia, tetapi juga persoalan mengenai dasar yang mungkin tidak difahami sebahagian kecil individu di negara kita,” katanya. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *