Home » Langit Terbuka » Qari, qariah Malaysia juara Tilawah al-Quran Antarabangsa

Qari, qariah Malaysia juara Tilawah al-Quran Antarabangsa

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah, berkenan menyampaikan hadiah kepada Johan Kategori Tilawah, Abdul Khair Jalil pada Majlis Perasmian Penutupan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 Tahun 1440 Hijrah/ 2019 Masihi. - Foto Kosmo

KUALA LUMPUR – Qari dan qariah Malaysia, Abdul Khair Jalil dan Nor Farhatul Fairuzah Panut masing-masing diumumkan johan kategori Tilawah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-61, malam tadi (20 April).

Pada majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, Abdul Khair memperoleh markah 93.02 peratus manakala Nor Farhatul Fairuzah meraih 87.05 peratus.

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah jongkong emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan berangkat ke majlis itu.

Sementara itu, Yassine Bekouassa dari Algeria muncul naib johan qari dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 manakala tempat ketiga dimenangi qari Maghribi, Ilyas Lamhayahoui yang menerima wang tunai RM20,000.

Wardatun Nisa Hasa dari Indonesia pula muncul naib johan qariah dan tempat ketiga dimenangi qariah Thailand, Karimah Hayibaraheng, dengan masing-masing turut membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000. – Bernama

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *