Home » Citra Yadim » Singgah sahur di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah

Singgah sahur di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah

KINARUT – Seawal jam 3 pagi pada 1 Mei, ahli pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Berbasikal Taman Kinarut Jaya telah mengadakan persiapan bagi program singgah sahur.

Lokasi program ialah di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah di sini.

Sebanyak 80 bungkus burger disediakan untuk penghuni rumah berkenaan, para petugas serta rakan media yang terlibat.

Kayuhan berbasikal bagi program ini sejauh 1 kilometer diketuai Pengerusi Pasukan SAY Berbasikal Taman Kinarut Jaya, Mahmud Haji Yusof.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki turut serta dalam program ini.

Program diakhiri dengan ahli SAY menunaikan solat Subuh berjemaah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *