Home » Citra Yadim » Siri Ke-5 Kembara Aspirasi Remaja Darul Iman 2022

Siri Ke-5 Kembara Aspirasi Remaja Darul Iman 2022

KUALA TERENGGANU – Kembara Aspirasi Remaja Darul Iman kini memasuki siri kelima penganjurannya. Kali ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Kuala Terengganu di sini pada 17 Ogos dengan seramai 141 orang pelajar menyertainya.

Program diisi dengan pengisian ilmu berkaitan pergaulan antara lelaki dan wanita (ikhtilat) serta perkara-perkara berkaitan jatidiri dan akhlak remaja Islam.

Ia bertujuan melahirkan generasi remaja berperibadian unggul dan berakhlak mulia selain berperanan sebagai ejen dakwah kepada rakan-rakan sebaya.

“Remaja bukan sahaja berperanan sebagai pelajar, tetapi turut mempunyai tanggungjawab membimbing rakan sebaya”, ujar Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dalam majlis perasmian.

Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sultan Ahmad, Tuan Saharudin Abdullah.
Program ini telah dikendalikan oleh Rakan Siswa YADIM Terengganu.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *