Home » Citra Yadim » Skim Kesihatan dan Simpanan Takaful Berkelompok untuk warga Yadim

Skim Kesihatan dan Simpanan Takaful Berkelompok untuk warga Yadim

PUTRAJAYA – Dalam berusaha menyebarluaskan dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak lupa untuk menjaga kebajikan kakitangannya.

Untuk itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia YADIM menawarkan Skim Kesihatan dan Simpanan Takaful Secara Berkelompok untuk warga kerja organisasi ini.

Pada 21 September, melalui satu sesi penerangan oleh Pegawai Penerangan CEUPACS, Tuan Mohamad Hazrin Md Zainal, kakitangan YADIM telah dijelaskan mengenai kepentingan dan kelebihan menyertai skim kesihatan berkenaan.

Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila hampir kesemua kakitangan yang mendengar taklimat kemudiannya mendaftarkan diri.

“Skim ini khusus ditawaakan kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun,  sehingga kini ia telah memberi manfaat kepada kira kira 700,000 orang. Ia memberi perlindungan dengan bayaran serendah RM40 sebulan, dan ia juga boleh digunakan untuk melindungi ahli keluarga terdekat kakitangan berkenaan, “jelas Mohamad Hazrin.

Tambah beliau, ramai yang menyangka CEUPACS sekadar berfungsi memperjuangkan isu gaji dan bonus untuk kakitangan awam, sedangkan pihaknya turut mempunyai bahagian yang menjaga kebajikan serta penyelidikan.

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *