Home » Citra Yadim » Program peduli Remaja – Kem Kepimpinanan Dakwah Islam

Program peduli Remaja – Kem Kepimpinanan Dakwah Islam

NAKA- YADIM Kedah dengan kerjasama Maahad Al-Imam Al-Imam Syafie, Pendang telah mengadakan program Kem Kepimpinan Dakwah Islam yang bertempat di Seri Juluk Resort, di sini.

Program pada 20 hingga 21 Julai ini disertai seramai 45 pelajar daripada sekolah tersebut terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya bagi meningkatkan dan menanam sikap kepimpinanan dalam diri mereka.

Selain itu, objektif lain program ialah untuk melatih para peserta menguasai kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pemimpin, meningkatkan keyakinan pengucapan awam dan motivasi untuk bekerja sebagai satu pasukan.

Perasmian penutup untuk program ini disempurnakan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Program turut dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah, Ustaz Abu Waqar Zakaraya, Guru Pengawas, Ustaz Ahmad Zaid, Guru Pembimbing Rakan Sebaya, Cikgu Syahida dan Guru Pengawas Pusat Sumber, Ustaz Khoiri.

Mahabbah Consultancy selaku pihak konsultan latihan pula diwakili oleh dua wakilnya, En Mustaqim dan En Muhammad.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *