Home » Langit Terbuka » Sukar cari jodoh di Syria

Sukar cari jodoh di Syria

Konflik menyebabkan bilangan kaum Adam berkurangan di Syria dan menyebabkan ramai wanita tidak berkahwin. Foto ; MalaysiaGazette

DAMSYIK -Wanita Syria mengaku bersungguh-sungguh untuk berkahwin pada usia 30 tahun namun kerana konflik di situ, jumlah kaum Adam semakin berkurangan.

Nou, seorang pelajar berkata, terlalu inginkan sebuah perkahwinan namun mendedahkan sukar bertemu lelaki bujang.

“Saya berharap cincin perkahwinan akan menghiasi jari ini suatu hari nanti.

“Tetapi, tiada lagi lelaki muda. Semua mereka tidak kelihatan sejak beberapa tahun lalu. Saya menyedari penurunannya dari setahun ke setahun,”kata Nour.

Katanya, pilihan agak terhad kerana hampir tidak ada lelaki bersesuaian untuk dikahwini dan ramai pula yang sudah berkahwin atau terlalu tua.

Ketika konflik Syria tercetus pada 2011 dengan tunjuk perasaan besar-besaran, Nour sedang sibuk menyiapkan diri untuk menerima ijazah pertamanya dalam bidang ekonomi. -MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *