Home » Langit Terbuka » Program Food Bank diteruskan selepas Syawal

Program Food Bank diteruskan selepas Syawal

Fuziah (kiri) ketika mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1. - Foto Sinar Harian

KUANTAN – Program bantuan makanan, Food Bank yang diwujudkan sepanjang Ramadan di daerah ini akan diteruskan selepas Syawal bagi membantu insan yang memerlukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata setiap hari kira-kira 100 orang mendapat manfaat daripada program ini apabila makanan yang diperoleh daripada peniaga bazar Ramadan, dihantar kepada pelajar universiti dan sekolah tahfiz.

“Saya berharap ia dapat diteruskan selepas Syawal nanti dan lebih banyak sumbangan dapat diterima daripada pihak hotel selain peniaga makanan di pasar tani.

“Kita harap pasar raya juga dapat memainkan peranan dalam memberikan sumbangan makanan yang mereka jual seperti roti dan donut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK 1) di sini.

Fuziah berkata, makanan yang disumbangkan oleh pihak hotel dan pasar raya akan diberikan keutamaan kerana makanan yang dijual ada ‘sale by date’ (jualan mengikut tarikh).

“Kebiasaannya kalau ada ‘sale by date’, mereka akan turunkan daripada rak jualan dua atau tiga hari lebih awal, jadi sempat untuk diagihkan kepada penerima.

“Prosedur operasi standard (SOP) pun kita sudah siapkan supaya kalau makanan itu diturunkan sebelum jam 11 pagi, jam 3 petang pada hari yang sama sudah sampai kepada penerima,” katanya.

Fuziah berkata, Food Bank Kuantan yang diwujudkan adalah percubaan bagi membantu pelajar universiti dan tahfiz.

Namun, selepas melihat sambutan yang baik serta berjaya menarik penyertaan banyak agensi yang ingin menyumbang, beliau mahu program itu dikembangkan lagi bagi membantu individu lain yang memerlukan. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *