Home » Langit Terbuka » Sultan Selangor arah tutup sekolah tahfiz tak berdaftar

Sultan Selangor arah tutup sekolah tahfiz tak berdaftar

Tahfiz swasta yang tidak berdaftar dengan Jais , serta tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden dititahkan tutup oleh Sultan Selangor. - Foto Utusan Malaysia

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengarahkan pihak berkuasa menutup sekolah tahfiz yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tidak mempunyai kokurikulum serta sistem pendidikan akademik moden.

“Pendidikan tahfiz di Selangor menarik minat ramai ibu bapa dan pelajar.

“Di Selangor sahaja, terdapat 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah tahfiz swasta yang berdaftar dengan JAIS.

“Beta menitahkan sekolah-sekolah tahfiz swasta yang tidak berdaftar dengan JAIS dan tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya,” katanya berucap pada istiadat perasmian persidangan penggal ke-2 Dewan Undangan Negeri Selangor ke-14. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *