Home » Citra Yadim » Sumbangan buku untuk SMK Kota Marudu 11

Sumbangan buku untuk SMK Kota Marudu 11

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah memberikan sumbangan buku kepada Surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu 11, sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan budaya ilmu di kalangan pelajar sekolah.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki kepada Pengetua SMK Kota Marudu 11, Marmoh Kasman baru-baru ini, dalam kunjungan beliau ke sekolah berkenaan.

“YADIM berharap sumbangan buku-buku agama termasuk buku terbitan YADIM sendiri, mampu memberikan maklumat lebih mendalam kepada para pelajar sekolah berkenaan mengenai pelbagai aspek agama.

“Kefahaman mendalam di kalangan generasi muda dalam aspek agama ini adalah penting terutama dalam suasana sekarang yang menyaksikan banyak gejala-gejala kurang sihat berlaku,’’ katanya.

Beliau berkata, antara buku yang disampaikan termasuk buku Sirah Nabawiyah yang diterbitkan oleh YADIM dan kini menjadi antara buku yang terlaris di pasaran.

Katanya, buku berkenaan adalah satu bahan rujukan yang baik kepada para pelajar kerana nilai maklumatnya yang lengkap dan mudah difahami.

Sementara itu, Marmoh berkata, pihaknya berterima kasih dengan YADIM di atas sumbangan berkenaan dan menjelaskan sekolah berkenaan sememangnya berharap lebih banyak sumbangan diterima daripada pihak luar untuk digunakan oleh para pelajar.

“Kami berterima kasih dengan sumbangan ini dan berharap kerjasama dengan pihak YADIM ini akan sentiasa berjalan dalam aspek-aspek lain juga,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *