Home » Citra Yadim » Sumbangan makanan untuk SMK Agama Kota Kinabalu

Sumbangan makanan untuk SMK Agama Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Ekoran peningkatan jangkitan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu di sini telah diarahkan supaya ditutup bermula 13 hingga 26 April ini.

Prihatin dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 16 April telah tampil menghulurkan sedikit sumbangan untuk sekolah berkenaan.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki hadir menyampaikan sumbangan seperti 14 kotak air minuman, tiga kotak biskut serta 50 pek set kebersihan.

Sumbangan ini diterima Pengetua SMK Agama Kota Kinabalu, Datin Hasnah Mohd Yakob.

Pada hari yang sama, mereka turut para petugas barisan hadapan yang bertugas di sekataan jalan raya Kampung Meruntum, Lok Kawi menerusi pemberian 10 pek bakul makanan.

Seramai 14 orang anggota tentera, polis dan RELA bertugas di sini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *