Home » Citra Yadim » Sumbangan Musa’adah,berbuka puasa bersama mualaf dan bedah buku oleh YADIM Pahang

Sumbangan Musa’adah,berbuka puasa bersama mualaf dan bedah buku oleh YADIM Pahang

TEMERLOH – YADIM Pahang mengisi Ramadan kali ini dengan pelbagai program bersama masyarakat yang diadakan setiap hari.

Pada 22 April mereka mengadakan majlis tazkirah dan penyampaian sumbangan musa’adah kepada 10 orang muallaf dan asnaf.

Sesi tazkirah turut disertai bersama oleh para pelajar Maahad Tahfiz Faqeh.

Program ditutup dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama para peserta, penerima sumbangan dan ahli qaryah Masjid Kampung Bukit Kepayang di sini.

Ini adalah salah satu usaha YADIM Pahang untuk menjayakan halatuju dan fokus YADIM 2022 iaitu dakwah kepada anak muda.

Terdahulu pada sebelah pagi, mereka mengadakan aktiviti bedah buku bersama para pelajar tahfiz berkenaa bertempat di masjid yang sama. Buku yang dipilih ialah buku Apa Erti Saya Menganut Islam tulisan Sheikh Fathi Yakan.

Perkongsian ilmu selama dua jam bermula 9 pagi itu disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok. Selepas bedah buku, pihak maahad meneruskan program dengan Majlis Khatam Al-Quran. Turut bersama ialah Mudir Maahad Tahfiz Faqeh, Ustaz Zaharim Ishak.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *