Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk mangsa kebakaran di Kampung Seri Pandan

Sumbangan untuk mangsa kebakaran di Kampung Seri Pandan

PUTATAN – Satu kejadian kebakaran pada 21 April mengakibatkan tiga buah kediaman di Kampung Seri Pandan di sini musnah dan  para penghuninya kehilangan tempat tinggal.

Kejadian itu juga menyebabkan 10 buah rumah terputus bekalan elektrik .

Prihatin dengan kejadian itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 22 April telah tampil menghulurkan sedikit bantuan.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki telah turun padang dan menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada tiga keluarga berkenaan.

Buat masa ini, kesemua 23 mangsa menumpang di kediaman saudara masing masing.

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *