Home » Citra Yadim » Sumbangan wang tunai, barangan keperluan harian untuk mangsa kebakaran Kampung Simpang Tiga

Sumbangan wang tunai, barangan keperluan harian untuk mangsa kebakaran Kampung Simpang Tiga

Tuan Kamarul Arief (baju putih) ketika meninjau kediaman yang terbakar di Kampung Simpang Tiga pada 12 Januari. - Foto Muhd Fauzi Mohd Azmi, YADIM.

GOMBAK – “SAYA kena kuat untuk anak anak. Mereka hendak kembali belajar, kawan kawan sudah tanya bila mahu ke sekolah semula,”.

“Jadi kalau bukan kami (ibu bapa) yang jaga mereka, siapa lagi,”. Laju dan spontan jawapan salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Simpang Tiga baru baru ini ketika ditemui YADIM pada 12 Januari.

Wanita ini tinggal sehelai sepinggang selepas kediamannya musnah dalam kebakaran tersebut, namun masih boleh tersenyum ketika berbual bual dengan kami.

Di satu sudut yang lain, seorang wanita yang sarat mengandung kelihatan suram. Hanya memerhatikan sahaja individu lain di sekelilingnya berbual. Senyuman suaminya di sebelahnya juga nampak berat.

Masakan tidak, mereka kehilangan dua anak yang terkorban dalam kejadian kebakaran tersebut. Dia dan suaminya juga kini tinggal sehelai sepinggang akibat musibah berkenaan.

Mujur ramai jiran tetangga dan kenalan menghulurkan serba sedikit pakaian dan keperluan lain untuk membantu mereka.

Kedua pasangan ini merupakan antara tiga keluarga yang disantuni YADIM menerusi sumbangan berjumlah RM10,000 terdiri daripada wang tunai, makanan, dapur gas, beg sekolah, selimut tebal dan kit kebersihan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif badan dakwah ini, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Tidaklah dapat ia menggantikan apa yang telah mereka hilang pada kejadian berkenaan, namun semoga ia  mampu memberi sedikit keceriaan dan membantu mereka bangkit semula.

Hadir sama ialah Tok Empat Kampung Changkat, Haji Rosli Abd Ghani, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Rohaizah Jawahir dan Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Abdul Qaiyum Aris.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *