Mussola sementara untuk penduduk terjejas banjir

MARAN – Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil langkah proaktif mewujudkan mussola di pusat pemindahan bagi memudahkan penduduk beragama Islam yang terjejas banjir menunaikan solat. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keadaan rumah mangsa banjir yang tidak terurus serta dipenuhi lumpur membataskan mereka mengerjakan solat di kediaman masing-masing. […]

YADIM Kelantan hulur bantuan keluarga penoreh tinggal di pondok separuh roboh

GUA MUSANG – Sebuah rumah yang sebenarnya lebih tepat dipanggil pondok, menjadi kediaman tujuh beranak di Kampung Jelaping di sini. Di kediaman yang hampir roboh itu, Mat Zaid Sulaiman dan isteri serta lima anaknya tinggal, bergelut meneruskan kehidupan. Sebagai penoreh getah, dia benar benar terkesan dengan penularan Covid-19. Keadaan bertambah parah apabila musim hujan melanda […]

Yadim Kelantan bantu 3,200 asnaf tahun ini

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan telah membantu seramai 3,200 individu dan golongan asnaf yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 menerusi tabung Musa’adah sepanjang tahun ini. Menerusi dana dalam tabung itu juga, Yadim Kelantan turut melaksanakan Program Lestari yang mengumpulkan seramai lebih 370 sukarelawan di seluruh negeri ini untuk bergotong-royong di rumah […]

Musim Tengkujuh: Sukarelawan YADIM Siaga

1. Menghadapi musim tengkujuh tahun ini, YADIM akan mulakan dengan siri solat dan munajat di seluruh negara agar negara dan seluruh penduduknya selamat dan tidak mengalami apa jua musibah. Insyaallah 2. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan SUKARELAWAN YADIM akan diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk berkhidmat kepada masyarakat atau rakyat yang memerlukan. 3. Gandingan Sukarelawan […]

ATM kerah 1,140 anggota bantu redakan gelombang ke-3 COVID-19

KUALA LUMPUR  – Seramai 1,140 anggota tentera dikerah membantu negara dan pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan rantaian penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19. Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataannya menyebut anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terbabit penugasan sekatan jalan raya serta […]

Is’ad Al Usrah bantu ibu tunggal enam anak di Kapar

KLANG – Usaha berdakwah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus dipelbagaikan kaedahnya bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripadanya. Bagi menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang sebelum ini mengumumkan pelancaran program MYHaus untuk membantu kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan […]

MAIWP salur bantuan kecemasan RM2,000 kepada mangsa kebakaran

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan bantuan kecemasan sebanyak RM2,000, kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Taman Batu Muda, di sini. Pengerusinya Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee berkata, Kit Musibah yang mengandungi barangan keperluan diri seperti barangan mandi, pakaian dan telekung, serta bantuan makanan turut disalurkan kepada keluarga […]

MyMusaadah Covid-19 YADIM di SK Daingin

PAPAR – Sekolah Kebangsaan Daingin di sini, merupakan antara yang terjejas dengan kejadian banjir yang melanda negeri ini baru baru ini. Menurut Guru Besarnya, Asmah Salleh, kerja pembersihan sudah bermula dan blok bangunan kelas serta tandas sudah dibersihkan serta boleh digunakan. Difahamkan, pelbagai pihak berusaha membantu termasuk guru sekolah, Majlis Guru Besar, Persatuan Pengetua Papar, […]

YADIM Terengganu sasar santuni 1000 nelayan

DUNGUN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu menyasarkan untuk menyantuni seramai 1,000 keluarga nelayan di negeri ini yang terkesan dengan musibah Covid-19. Pengarahnya, Mahadi Awang berkata usaha tersebut akan diadakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu dan persatuan nelayan yang dikenalpasti. “Inisiatif ini kerana mereka merupakan salah satu kluster yang terjejas teruk […]

296 peniaga kecil bukan asnaf dibantu MAIS

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan wang tunai RM88,800 kepada 296 peniaga kecil bukan asnaf di Selangor yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19. Penyaluran sumbangan RM300 setiap peniaga kecil itu dilaksanakan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), yang juga anak syarikat MAIS. Setiausaha MAIS, Dr Ahmad […]