Home » Kenyataan Media » Musim Tengkujuh: Sukarelawan YADIM Siaga

Musim Tengkujuh: Sukarelawan YADIM Siaga

1. Menghadapi musim tengkujuh tahun ini, YADIM akan mulakan dengan siri solat dan munajat di seluruh negara agar negara dan seluruh penduduknya selamat dan tidak mengalami apa jua musibah. Insyaallah

2. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan SUKARELAWAN YADIM akan diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk berkhidmat kepada masyarakat atau rakyat yang memerlukan.

3. Gandingan Sukarelawan YADIM dengan NGO-NGO yang bernaung di bawah Majlis Amal Islami Malaysia – YADIM (MAIM) akan membentuk kolaboratif tindakan yang mantap dan berkesan dalam menggerakkan dakwah bil hal dan amal kebajikan kepada masyarakat.

4. Insyaallah, YADIM Negeri-Negeri akan membuka “bilik gerakan” dan menyusun sukarelawan masing-masing bagi membantu pihak kerajaan menyalurkan khidmat bakti yang diperlukan dalam menghadapi apa jua kemungkinan di musim tengkujuh ini.

5. Sementelah musim tengkujuh tahun ini dalam suasana negara masih berdepan dengan ancaman pandemik covid 19’, maka cabarannya mungkin lebih getir.

6. Justeru itu, diharapkan kita semua dapat berhati-hati, menjaga keselamatan diri dan keluarga. Malah apa yang paling utama dalam mendepani situasi begini ialah JAUHI KEMUNGKARAN dan DEKATKAN DIRI kepada Allah SWT.

7. Banyakkan beristighfar (memohon ampun) kepada Allah SWT dan bermunajat pada yang Maha Esa agar kita semua selamat dari musibah atau bencana yang tidak diingini.

8. YADIM juga menasihati dan menyarankan kepada pihak kerajaan dan mana-mana pihak lain, agar tidak menganjurkan aktiviti-aktiviti yang melalaikan ummah dan mengheret mereka ke kancah murka Allah SWT.

9. Kita tidak mahu mendidik diri dan masyarakat kita bersikap hipokrit di hadapan Allah SWT. Apabila tangan menadah ke langit mohon dihindari musibah, tetapi kaki melangkah dan mata tertumpu ke arah maksiat dan mungkar.

10. Ingat penegasan Allah SWT:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

“Telah zahir kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut, angkara perbuatan tangan manusia; (yang sedemikian itu adalah) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan (mungkar) yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”._*

Surah Ar Ruum : Ayat 41

Melestari Gerakan Dakwah
Sekian.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *