Majlis agama negeri bantu 6 golongan ketika PKP

KUALA LUMPUR – Lebih RM426 juta bantuan COVID-19 disalurkan oleh pihak majlis agama Islam negeri dan agensi mengurus zakat sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac hingga 27 Julai lalu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meluluskan bantuan berjumlah RM45.653 […]

Musa’adah Rakan Siswa YADIM PKPP Covid-19 (MERSY)

JOHOR BAHRU – Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY), selaku entiti sukarelawan dakwah di kalangan mahasiswa tidak melupakan aspek kebajikan untuk ahli ahlinya. Bertempat di beberapa kawasan di negeri ini seperti Tangkak dan Johor Bahru, seramai 10 keluarga ahli RSY yang terkesan dengan musibah Covid-19 yang melanda negara, telah menerima bantuan badan itu pada […]

Dua bulan belanja RM190 juta bantu golongan miskin

KUALA LUMPUR – Kerajaan dibawah Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) membelanjakan lebih RM190 juta dalam tempoh dua bulan ini untuk membantu golongan miskin meneruskan kehidupan dalam saat genting berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menterinya, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, bantuan itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar […]

e-Purse mudahkan asnaf

KUANTAN – Penggunaan sistem e-Purse yang diperkenalkan awal tahun lalu memudahkan golongan asnaf di Pahang mendapatkan bantuan baucer bulanan. Penolong Pegawai Zakat Unit Fakir Miskin Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Mohd Nasrul Hakim Mat Daud berkata, sistem itu digunakan bagi menggantikan kupon bantuan barangan sebanyak RM200 sebulan yang disediakan. Katanya, setiap […]

MAINJ agih RM9.2 juta kepada asnaf

JOHOR BAHRU – Seramai 73,629 asnaf fakir miskir menerima zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bernilai keseluruhan RM9.2 juta bagi menyambut Aidilfitri tahun ini. Ketua Penolong Pengarah MAINJ, Khairul Nizam Mat Said berkata, penerima terdiri daripada 6,646 ketua keluarga fakir yang setiap seorang menerima RM300. Katanya, seramai 7,736 tanggungan fakir akan menerima RM50 […]

Ziarah Sinar Syawal untuk mangsa ribut

KEBUN BHARU – Pada 1 Ramadhan lalu, ketika umat Islam sedang melakukan persiapan untuk berbuka puasa, satu kejadian ribut telah menimpa penduduk di kampung ini. Kejadian tersebut mengakibatkan pelbagai kerosakan berlaku ke atas kediaman dan beberapa premis perniagaan di kampung ini. Ia akhirnya mengakibatkan kerugian besar dan memberi kesan kepada penduduk, lebih lebih lagi ketika […]

Boleh mohon zakat lebih sekali

KUALA LUMPUR – Tiada halangan kepada mana-mana pihak khususnya golongan asnaf untuk memohon bantuan zakat kali kedua atau ketiga daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Akbar Samon, berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan untuk membantu orang ramai yang dalam kesusahan meskipun individu itu […]

Kerajaan dijangka umum keputusan solat di masjid minggu ini

TANAH MERAH – Selepas mengadakan perbincangan dan muzakarah, Kerajaan Persekutuan dijangka mengumumkan keputusan rasmi mengenai pembukaan semula masjid pada minggu ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan sudah berbincang mengenai kaedah terbaik untuk membenarkan umat Islam di negara ini kembali mengimarahkan masjid dan surau. “Perbincangan mengenai tatacara […]

Kami bantu rakyat berbeza agama, bangsa atas dasar kemanusiaan

  PETALING JAYA – Selepas tular dan mendapat pujian ramai susulan bantuan makanan kepada penduduk sekitar, termasuk orang bukan Islam, Masjid Al-Islamiah di Kampung Lindungan, Petaling Jaya berkata aktiviti itu terus diperluas bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jurucakap masjid, Muhammad Hafis Asib berkata bantuan makanan kepada mereka terjejas ketika PKP […]

Boleh mohon zakat kecemasan MAIWP

KUALA LUMPUR – Golongan yang terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan boleh memohon Bantuan Zakat Kecemasan yang disediakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula hari ini (13 April). MAIWP memaklumkan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian bermula jam 8 pagi melalui laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my. MAIWP turut mengingatkan mereka yang sudah […]