Malaysia tak hantar jemaah, ibadah haji tahun ini untuk mereka di Arab Saudi sahaja

PUTRAJAYA- Kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadat haji bagi Musim Haji 1442H dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hal ini disebabkan situasi semasa pandemik Covid-19 yang membimbangkan di seluruh dunia. Beliau berkata, […]

Cadangan masjid dibuka kepada individu lengkap dua dos vaksin

KOTA BHARU –  Kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) supaya masjid dibuka kepada jemaah yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, ia berikutan individu lengkap dua dos suntikan vaksin berisiko lebih rendah daripada segi […]

Jangan beri alasan remeh elak vaksin – Mufti Kedah

Alor Setar: Orang ramai diingatkan agar tidak memberi alasan remeh untuk tidak hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kerana ia akan menimbulkan kesulitan kepada pihak lain. Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, ini kerana agama menuntut umat Islam untuk melindungi diri daripada sesuatu yang memudaratkan seperti virus Covid-19. Beliau berkata, ia antara lima maqasid […]

MAIWP peruntuk RM38.8 juta bantu golongan terjejas pandemik

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban asnaf dan golongan B40 yang terjejas akibat pandemik dengan memperuntukkan RM38.8 juta pemberian Bantuan Zakat Khas di bawah ProgramMAIWP Prihatin – Kasih Asnaf 3.0. Pengerusinya, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, program bantuan terbaharu susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) […]

Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, meninggal dunia hari ini. Perkara itu disahkan Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi melalui WhatsApp sebentar tadi. Menerusi mesej itu, beliau sekadar menyebarkan gambar tertera ucapan takziah atas pemergian Allahyarham yang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja […]

Program menyantuni rakyat SAY Kuala Langat

JENJAROM – Walaupun sumbangan kecil, tetapi ingatan dan keprihatinan pada kami yang kami lebih hargai. Demikian reaksi penerima sumbangan daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 29 Mei di sini. Sebanyak empat keluarga di sekitar kawasan ini menerima sumbangan kecil SAY Kuala Langat pada 29 Mei berupa barangan keperluan harian dan wang […]

Masa khutbah, solat Jumaat di Sabah dipendekkan

KOTA KINABALU – Masa khutbah dan solat Jumaat di Sabah dipendekkan masing-masing kepada maksimum 10 dan tujuh minit, bermula hari ini (28 Mei), bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19. Prosedur operasi standard (SOP) baharu itu diputuskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) sebagai panduan pelaksanaan aktiviti di masjid dan surau ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat […]

COVID-19: Mufti Perak sedang dirawat di ICU

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang disahkan positif COVID-19 minggu lalu, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Anak kepada Mufti Perak, Datuk Ahmad Wafi ketika dihubungi memaklumkan secara ringkas status terkini kesihatan bapanya yang sedang dirawat. “Abah memang di ICU dan mak pula […]

YADIM Bersamamu Di Penjara Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Usaha menyantuni pelbagai golongan di negeri ini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terhenti meskipun berdepan pelbagai cabaran. Pada 23 Mei, dalam satu majlis ringkas mereka menyampaikan sumbangan 20 kit Musa’adah YADIM untuk kegunaan penghuni Penjara Sungai Petani. Hadir menyampaikan sumbangan ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, yang […]

Masjid di Pahang baca Qunut Nazilah secara berterusan

KUANTAN – Semua masjid di Pahang diarah membaca Qunut Nazilah pada solat Jumaat secara berterusan mulai hari ini (21 Mei),  bagi memohon Allah SWT melindungi penduduk negeri ini daripada wabak Covid-19. Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr Zulkifle Ali berkata, perkara itu mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan […]