Chong Wei beri sumbangan pada masjid

KUALA LUMPUR – Bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan teladan yang baik apabila memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur pada 29 Mei. Perkongsian itu dimuat naik di akaun Facebook rasmi masjid itu yang turut disertakan tiga gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid. “Terima […]

Peranan masjid bantu kariah melalui program JAWI Food Bank

KUALA LUMPUR – Walaupun rumah ibadat khususnya masjid dan surau Jumaat tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu namun peranan institusi Islam itu tidak terhenti begitu sahaja. Masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan dilihat memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan dalam menangani wabak Covid-19 melalui program Food Bank […]

Peperiksaan UPSRA dibatalkan – JAWI

KUALA LUMPUR – Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) kendalian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang dijadualkan pada 28 September hingga 1 Oktober 2020 dibatalkan ekoran penularan wabak COVID-19 di negara ini. Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail berkata, semua sesi persekolahan Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Integrasi Rendah Islam JAWI (SIRAJ) dan Kelas al-Quran […]

JAWI laksana pernikahan online pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini (18 April) melaksanakan majlis akad nikah satu pasangan pengantin secara atas talian (online), yang pertama di Malaysia, ekoran kekangan pergerakan akibat wabak COVID-19. Majlis pernikahan pertama secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah […]

Dong Zong akhirnya setuju Jawi bukan agenda Islamisasi

PUTRAJAYA- Akhirnya Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bersetuju pelajaran tulisan Jawi di sekolah bukan bermotifkan Islamisasi kepada mana-mana pelajar bukan Islam. Ia adalah sebahagian daripada warisan budaya bangsa Malaysia seperti kaligrafi Cina, tulisan Tamil dan etnik-etnik lain. Justeru, setiap warisan itu termasuk Jawi perlu dihormati oleh semua pihak. Ini dinyatakannya dalam […]

Asas agama Islam perlu diajar di sekolah vernakular

GEORGETOWN – Perkara asas mengenai agama Islam perlu diperkenalkan di sekolah vernakular di negara ini bagi memberi pemahaman mengenai ajaran Islam sebenar selain dapat mengukuhkan perpaduan kaum. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pengenalan itu memberi peluang mereka memahami ajaran Islam yang selama ini mungkin disalah tafsir. Menurutnya, pemahaman […]

Jawi warisan kita

BAHASA Melayu unik kerana mempunyai dua jenis tulisan iaitu jawi dan rumi. Sebelum rumi, bahasa Melayu menggunakan tulisan jawi yang telah wujud sejak sekitar 1300 Masehi dan dikaitkan dengan ketibaan Islam khususnya dengan kedatangan orang Parsi ke Tanah Melayu ketika itu. Abjad Arab yang diperkenalkan telah diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan.Penemuan […]

Mengapa melenting belajar jawi, disuruh nyanyi Negaraku?

Satu hantaran di laman Facebook Kelab Penyokong Imigresen Malaysia mendapat perhatian ramai apabila mengongsikan kisah tentang ‘padah’ tidak menguasai bahasa kebangsaan ketika memperbaharui pasport. Cerita yang memetik laporan Sinchew Daily itu berkisar tentang seorang ibu yang memberitahu tiga anak remajanya telah diminta oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan membaca Rukun […]

Pertandingan Memanah Tradisional Putrajaya 2019

PUTRAJAYA – Seramai 250 peserta menyertai Pertandingan Memanah Tradisional Putrajaya 2019 pada 28 Disember. Pertandingan itu yang diadakan di lapangan memanah Surau AL Munawwarah, merupakan kali kedua diadakan selepas pertama kali dianjurkan pada 2018. Para peserta terdiri daripada ahli kariah surau Jumaat sekitar Putrajaya, manakala TV Al Hijrah, Masjid Darul Ehsan Subang, Kelab Memanah AL […]

Jawi hanya tiga muka surat, tidak akan ubah Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan tulisan Jawi akan hanya melibatkan pembelajaran tiga muka surat di dalam buku mata pelajaran Bahasa Melayu untuk tahun empat, lima dan enam. Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan (KPM), Dr Habibah Abdul Rahim berkata, tiga muka surat itu tidak akan merubah pembelajaran dalam Bahasa Melayu. Malah, katanya tulisan itu hanya akan […]