Home » Citra Yadim » Majlis perjumpaan bersama Sukarelawan YADIM Jajahan Jeli

Majlis perjumpaan bersama Sukarelawan YADIM Jajahan Jeli

JELI – Seramai 28 orang ahli Sukarelawan YADIM (SAY) Jajahan Jeli hadir dalam perjumpaan antara Pengurusan YADIM Kelantan dan ahli SAY Jajahan Jeli dalam satu majlis di sini pada 17 Januari.

Majlis ini bertujuan menghimpunkan sukarelawan dari kawasan ini untuk mengeratkan silaturrahim selain merancang gerak kerja badan dakwah ini sepanjang tahun 2022.

Turut diselitkan dalam majlis ini ialah pemilihan kepimpinan SAY Jajahan Jeli bagi memfokuskan dan merancang aktiviti dakwah yang akan diadakan tahun ini.

Hadir mewakili YADIM Kelantan ialah pengarahnya Ustaz Haji Mahadi Awang.Tahniah diucapkan kepada Ustaz Mohd Zaidi Mustafa yang telah dipilih untuk mengetuai SAY Jajahan Jeli.

 

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *