Home » Citra Yadim » 700 keluarga di Kelantan terima manfaat sumbangan pasca banjir YADIM

700 keluarga di Kelantan terima manfaat sumbangan pasca banjir YADIM

RANTAU PANJANG – Prihatin dengan nasib mangsa pasca banjir di negeri ini yang masih memerlukan pembelaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan berterusan menganjurkan program bagi menyantuni mereka.

Menerusi program YADIM Peduli Ziarah Prihatin, 700 keluarga di daerah Jeli, Kuala Krai dan Rantau Panjang yang menjadi mangsa bencana banjir Disember lalu menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam tiga majlis berasingan pada 22 Januari.

Sumbangan turut disampaikan kepada mangsa bukan Muslim, selaras dengan konsep rahmah yang menunjukkan Islam membawa rahmat dan menyantuni semua pihak.

Hadir sama ke majlis penyampaian sumbangan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Abdul Halim dan pengurusan kanan badan dakwah ini.

Dalam ucapannya sebelum majlis penyampaian Nik Omar berkata, walaupun YADIM secara asasnya ialah sebuah badan yang menumpukan kepada bidang dakwah dan pendidikan, tetapi ia juga tidak melupakan aspek kebajikan.

YADIM jelas beliau, tidak akan berdiam diri sekiranya komuniti dan golongan sasarnya ditimpa bencana yang memerlukan pembelaan.

Tambah beliau, penyampaian sumbangan yang diharap sedikit sebanyak meringankan beban mangsa pasca banjir ini, juga merupakan satu bentuk dakwah.

Beliau turut menyeru pihak pihak yang berkemampuan untuk turut sama membantu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukan.

Program bantuan ini disambung pada 23 Januari di Terengganu dengan seramai 750 keluarga mangsa pasca banjir dijangka akan menerima sumbangan YADIM.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *