Imam, bilal dilarang berpolitik

PONTIAN – Imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid serta surau di negeri ini sekali lagi diingatkan supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti politik termasuk yang membabitkan kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, larangan itu termaktub di bawah Enakmen Jabatan Agama Islam Negeri Johor. “Saya […]

Seminar Maqasid Syariah Peringkat Negeri Johor

JOHOR BAHRU – Guru memainkan peranan besar dalam menjelaskan dan memberi kefahaman mengenai konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin. Peranan mereka itu bukan saja untuk memberi pengajaran dan penjelasan kepada anak murid, malah juga kepada orang ramai. Menyedari hakikat ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah menganjurkan Seminar Maqasid Syariah Peringkat Negeri Johor […]

Kembara Rahmah Maal Hijrah YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Mengambil semangat tahun baharu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah mengadakan Program Kembara Rahmah Maal Hijrah 1441H pada 5 September. Seperti namanya, ianya berkonsepkan kembara dengan program diadakan di tiga tempat di sekitar bandar raya ini. Program ini mempunyai objektif untuk memberi kefahaman dan penghayatan mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin kepada […]

Johor guna tulisan jawi dalam semua urusan agama Islam tahun depan

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menggunakan tulisan jawi dalam segala urusan surat menyurat mereka pada tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pelaksanaan berkuatkuasa 1 Januari itu akan melibatkan kesemua anak syarikat di […]

Tiada larangan laksana ibadat korban di masjid, surau di Johor

JOHOR BAHRU – Larangan untuk melaksanakan ibadah korban di dalam kawasan semua masjid dan surau di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial beberapa hari lepas adalah tidak benar. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Tosrin Jarvanthi berkata, satu garis panduan pelaksanaan ibadah korban diwujudkan bertujuan mematuhi tuntutan agama […]

Semua masjid disaran anjurkan solat hajat doakan keselamatan penduduk di Pasir Gudang

JOHOR BAHRU – Semua masjid di Johor disaran mengadakan solat hajat malam esok (4 Julai) secara serentak bagi mendoakan keselamatan penduduk di Pasir Gudang yang terjejas berikutan insiden gangguan kesihatan yang dialami pelajar dan guru di beberapa sekolah di Pasir Gudang sejak 20 Jun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar […]

Bonda Sultan Johor mangkat

KUALA LUMPUR – Bonda Sultan Johor, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad, mangkat malam tadi. Almarhum Tengku Puan Zanariah, 79, ialah Raja Permaisuri Agong yang kelapan ketika Almarhum Sultan Iskandar Ismail memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 1984 hingga 1989. Almarhum yang pernah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diputerikan pada 5 Julai 1940 […]

Tidak boleh guna ruang udara Malaysia untuk mendarat di Seletar

KUANTAN – Malaysia tetap berpegang kepada pendirian bahawa pesawat ingin mendarat di Lapangan Terbang Seletar, Singapura tidak boleh menggunakan ruang udara Malaysia di Pasir Gudang, Johor. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata perkara itu akan ditegaskan delegasi Malaysia yang diketuainya dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Dr Vivian Balakrishnan, Selasa ini. “Kita konsisten dengan pendirian kita […]

The Herald tidak dibenarkan guna kalimah Allah

PUTRAJAYA 21 Jan. – Pertikaian isu kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald terbitan bahasa Melayu dimuktamadkan apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh Gereja Roman Katolik. Ini bermakna pihak gereja dilarang sama sekali menggunakan kalimah suci itu dalam penerbitan The Herald versi bahasa Melayu sebagaimana yang diputuskan […]