Johor benar tambah bilangan jemaah solat Jumaat

JOHOR BAHRU – Johor membenarkan penambahan bilangan jemaah solat Jumaat di masjid dan surau kepada satu per tiga daripada kapasiti penuh berbanding 40 jemaah sebelum ini, berkuat kuasa Jumaat ini (26 Jun).  Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, atas perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, solat Jumaat dan solat berjemaah […]

Musa’adah Rakan Siswa YADIM PKPP Covid-19 (MERSY)

JOHOR BAHRU – Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY), selaku entiti sukarelawan dakwah di kalangan mahasiswa tidak melupakan aspek kebajikan untuk ahli ahlinya. Bertempat di beberapa kawasan di negeri ini seperti Tangkak dan Johor Bahru, seramai 10 keluarga ahli RSY yang terkesan dengan musibah Covid-19 yang melanda negara, telah menerima bantuan badan itu pada […]

Suspek perlekeh kebenaran solat Jumaat dijangka dituduh 1 Jun

KULAI – Seorang lelaki yang dipercayai memuat naik kenyataan tular di Facebook, memperlekehkan kebenaran 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di negeri ini dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Kulai pada 1 Jun. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata pihaknya telah mendapat keputusan laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung pengesahan milik […]

Johor larang baraan marhaban

JOHOR BAHRU – Rakyat di Johor Bahru dinasihatkan tidak menganjurkan atau mengikuti aktiviti baraan marhaban sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata aktiviti seumpama itu memang tidak dibolehkan. Menurutnya, ia sama seperti garis panduan larangan menziarah kubur pada Aidilfitri sepanjang PKPB. “Tidak boleh buat marhaban […]

Johor benar solat Jumaat, Aidilfitri bersyarat

JOHOR BAHRU- Kerajaan negeri Johor membenarkan solat Jumaat diadakan bermula 15 Mei ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata selain itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga berkenan membenarkan solat sunat Aidilfitri serta akad nikah diadakan. Bagaimanapun pelaksanaan solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri serta akad nikah tersebut mesti mematuhi […]

Johor tangguh peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama

KULAI – Kerajaan negeri Johor memutuskan untuk menangguhkan peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama di negeri itu susulan penularan wabak COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata keputusan itu dibuat selaras dengan pengumuman Kementerian Pendidikan mengenai penangguhan tarikh beberapa peperiksaan pada tahun ini berikutan pandemik itu. Beliau berkata peperiksaan Sijil Darjah Khas […]

Nikah di Johor ditangguh

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menangguhkan semua majlis akad nikah di negeri ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu. Pengarah JAINJ Datuk Md Rofiki A Shamsudin berkata, surat pekeliling berkaitan perkara itu sudah diberikan kepada Pejabat Kadi seluruh daerah. Katanya, penangguhan itu akan berlangsung sepanjang penguatkuasaan […]

YADIM sasar tubuh 222 Pasukan SAR seluruh negara

BATU PAHAT – Sebanyak 222 pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) disasar untuk ditubuhkan di seluruh negara tahun ini, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Menurutnya, ketika ini SAR sudahpun memiliki 76 pasukan di seluruh negara dengan kira kira 10,000 ahli. ““SAR ditubuhkan adalah untuk turut […]

YADIM peruntukkan RM200 ribu untuk mangsa banjir empat negeri

BESUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memperuntukkan kira kira RM200,000 bagi program bantuan pasca banjirnya. Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, program itu bertujuan menyantuni mangsa mangsa pasca banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah. “Kira kira 700 – 750 keluarga di setiap negeri menerima manfaat program ini. “Kita […]

Ziarah Rahmah mangsa banjir Kota Tinggi

SEDELI – Menyedari mangsa banjir amat memerlukan pembelaan, terutamanya menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka,Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk Kampung Sayang di sini. Program khidmat bakti pada 24 Disember ini diadakan dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan, HALUAN Negeri Johor. Sebanyak 30 rumah mangsa pasca banjir dikunjungi YADIM Johor, […]