Home » Citra Yadim » Kembara Rahmah Maal Hijrah YADIM Johor

Kembara Rahmah Maal Hijrah YADIM Johor

JOHOR BAHRU – Mengambil semangat tahun baharu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah mengadakan Program Kembara Rahmah Maal Hijrah 1441H pada 5 September.

Seperti namanya, ianya berkonsepkan kembara dengan program diadakan di tiga tempat di sekitar bandar raya ini.

Program ini mempunyai objektif untuk memberi kefahaman dan penghayatan mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin kepada pesertanya agar dapat mewujudkan masyarakat yang sejahtera.

Pada masa yang sama, ia juga bertujuan memberi pengetahuan tentang peristiwa penghijrahan Rasulullah kepada pelajar yang menyertai program ini. Untuk itu, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan yang juga seorang Duta Rahmah dijemput sebagai penceramah bagi program ini.

Lokasi pertama program ialah Institut Kemahiran Mara Johor Bahru bermula jam 10 pagi yang telah menarik seramai 750 orang peserta sebelum diteruskan dengan Institut Kemahiran Belia Negara Johor Bahru dengan penyertaan 280 peserta pada jam 2 petang.

Program diteruskan pada sebelah malam di Maktab Rendah Sains Mara Johor Bahru dengan seramai 700 peserta menghadirinya.

Program ini mendapat maklum balas yang baik daripada peserta.

Malah, mereka berharap akan diadakan Kembara Rahmah Siri ke 2 selepas ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *