Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tunggu lampu hijau MAIWP

KUALA LUMPUR – Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini, yang terbakar dan mengorbankan 23 individu hampir tiga tahun lalu, dikosongkan sehingga mendapat arahan lanjut Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pengetuanya, Mohd Zahid Mahmood, berkata ketika ini, pihaknya menunggu lampu hijau daripada MAIWP untuk membaiki dan menaik taraf bangunan itu. “Saya pun kena selesaikan […]

Boleh balik kampung sambut Aidiladha

KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha berikutan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19. “Patuhi SOP walaupun kerajaan benar balik kampung, kita kena […]

Perlis benar jemaah bawah umur 18 tahun di masjid

ARAU – Perlis membenarkan individu berumur 18 tahun ke bawah menyertai solat berjemaah di semua masjid di negeri itu, berkuat kuasa serta-merta. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kebenaran itu mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat perkembangan positif situasi semasa wabak COVID-19. Solat berjemaah (kecuali solat Jumaat) […]

Sultan Perak perkenan solat Jumaat di surau seluruh Perak

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan solat Jumaat di Perak turut dibenarkan untuk dilaksana di semua surau yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), bermula Jumaat ini (10 Julai) susulan dari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketua Pegawai Eksekitif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, berkata titah perkenan itu adalah […]

Kuliah, solat Dhuha dibenarkan minggu ini

PUTRAJAYA – Aktiviti keagamaan seperti kuliah dan solat Dhuha serta kelas mengaji dan fardu ain kini dibenarkan di masjid dan surau bermula minggu ini. Menteri (Kanan) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata aktiviti keagamaan berkenaan dibenarkan dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi. “Kerajaan bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk […]

Sekolah, Madrasah Tahfiz dibenar beroperasi semula

KUALA LUMPUR – Sekolah dan madrasah tahfiz berdaftar dibenarkan beroperasi semula berdasarkan tarikh pembukaan sekolah yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lama lagi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata semua sekolah itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPM, dan bagi madrasah yang mempunyai kemudahan asrama […]

Perlis benarkan solat Aidiladha, ibadah korban

KANGAR – Perlis membenarkan ruang solat dan perkarangan masjid di seluruh negeri ini dibuka sepenuhnya dengan syarat ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, bertitah demikian dalam satu kenyataan. Manakala ibadat di surau seluruh negeri […]

Solat fardu berjemaah, ceramah di Pulau Pinang dibenarkan

GEORGE TOWN – Bilangan jemaah solat fardu, solat jenazah bukan pesakit Covid-19, kuliah dan ceramah di Pulau Pinang yang dibenarkan mulai 24 Jun perlu mengikut keluasan ruang solat masjid atau surau. Ia juga dilaksanakan dengan mengambil kira penjarakan sosial satu meter dan lain-lain syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta mengikut kemampuan pihak pengurusan […]

Johor benar tambah bilangan jemaah solat Jumaat

JOHOR BAHRU – Johor membenarkan penambahan bilangan jemaah solat Jumaat di masjid dan surau kepada satu per tiga daripada kapasiti penuh berbanding 40 jemaah sebelum ini, berkuat kuasa Jumaat ini (26 Jun).  Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, atas perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, solat Jumaat dan solat berjemaah […]

Perlis benar warga emas solat berjemaah mulai Sabtu

KANGAR – Perlis memberi kelonggaran jemaah berumur 60 tahun ke atas menunaikan solat Jumaat dan solat lima waktu bermula Sabtu ini (20 Jun). Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) itu dibuat setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. “Setelah mengambil […]