Kurangkan jumlah perokok pada 2025

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15 peratus menjelang 2025 sejajar dengan sasaran menjadikan negara bebas asap rokok. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya telah menggiatkan usaha pemerkasaan dan promosi kesihatan secara menyeluruh bagi membantu golongan perokok menghentikan tabiat tidak sihat itu. Beliau berkata, usaha […]

Jakim bantu perjelas isu suntikan vaksin dari sudut fatwa

KUANTAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat dasar berkenaan suntikan vaksin imunisasi dari sudut pandangan fatwa sama ada perlu mewajibkan pengambilannya atau sebaliknya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, dalam masa yang sama Jakim akan turut membantu memperjelaskan kepada orang ramai mengenai suntikan vaksin […]

Perangi mitos enggan jalani ujian kanser

KUALA LUMPUR – Rakyat disaran mengambil tindakan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan kepentingan menjalani ujian saringan dan mengenali tanda-tanda dan gejala awal kanser. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad, berkata semua pihak perlu bersama perangi mitos, informasi tidak benar dan salah faham yang menyebabkan rakyat enggan jalani saringan atau melewatkan rawatan awal serta percaya kepada […]

Tiada arahan mahkamah tangguh larangan merokok

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menegaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang arahan daripada mahkamah supaya memberhentikan atau menangguhkan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di semua premis makanan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mesej yang sedang ditularkan melalui platform media sosial kepada orang awam yang menyatakan bahawa mahkamah telah memerintahkan larangan merokok di […]

Jangan tertipu dengan hujah agama kumpulan antivaksin

KUALA LUMPUR – Hujah agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual produk-produk alternatif, mengenai keburukan vaksin adalah antara punca ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak-anak mereka, kata seorang pakar perubatan kesihatan awam. Prof Madya Dr Malina Osman dari Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan Universiti Putra Malaysia berkata, […]

Jangan percaya propaganda tidak benar mengenai vaksin

Vaksin Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan menggesa ibu bapa supaya mematuhi Jadual Imunisasi Kebangsaan dan tidak mempercayai propaganda tidak benar mengenai keburukan vaksin seperti digembar-gemburkan di media sosial. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya mengakui menerima banyak maklumat tidak sahih berkaitan dengan vaksin di laman media sosial. Malah, beliau berkata terdapat golongan serta […]

34 Klinik 1Malaysia ditutup kerana tidak penuhi syarat

IPOH – Keputusan untuk menutup 34 buah Klinik 1Malaysia diambil setelah mendapati operasi klinik itu tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan itu juga bukan dilakukan secara terburu-buru sebaliknya perbincangan terperinci telah dijalankan dengan setiap Jabatan Kesihatan negeri. Malah katanya, mana-mana klinik yang terletak di […]

Hasil kajian indeks syariah diketahui akhir tahun

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Keputusan penyelidikan mengenai urusan pentadbiran negara yang diukur melalui Indeks Syariah Malaysia (ISM) akan diketahui akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata penyelidikan itu merangkumi lapan sektor utama iaitu undang-undang, ekonomi, kesihatan, pendidikan, politik, sosial, budaya dan prasarana persekitaran. […]

Indeks Syariah Malaysia satu kaedah pengukuran saintifik

PUTRAJAYA, 10 Feb. – Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak hari ini melakar satu sejarah apabila dengan rasminya melancarkan model Indeks Syariah Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. Menurutnya, Indeks Syariah Malaysia merupakan satu kaedah pengukuran saintifik yang menepati dua fungsi penting iaitu pertama, menilai keseriusan usaha kerajaan dalam menepati piawaian […]