Home » Langit Terbuka » 34 Klinik 1Malaysia ditutup kerana tidak penuhi syarat

34 Klinik 1Malaysia ditutup kerana tidak penuhi syarat

Menteri Kesihatan berkata, tindakan menutup klinik itu bukan dilakukan secara terburu-buru sebaliknya perbincangan terperinci telah dijalankan dengan setiap Jabatan Kesihatan negeri - Foto thevocket

IPOH – Keputusan untuk menutup 34 buah Klinik 1Malaysia diambil setelah mendapati operasi klinik itu tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan itu juga bukan dilakukan secara terburu-buru sebaliknya perbincangan terperinci telah dijalankan dengan setiap Jabatan Kesihatan negeri.

Malah katanya, mana-mana klinik yang terletak di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) tidak akan ditutup bagi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada golongan berpendapatan rendah.

“Daripada 347 buah Klinik 1Malaysia di seluruh negara, kita bercakap tentang menutup 34 buah klinik yang kita kategorikan sebagai tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Antara syaratnya ialah kehadiran pesakit di bawah 40 orang sehari, terdapat kemudahan kesihatan berdekatan dalam lingkungan lima kilometer dan tidak terletak di kawasan PPR.

“Jika klinik itu terletak di kawasan PPR, macam mana pun kita akan teruskan kerana kita menekankan keperluan rawatan kesihatan kepada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di sana. Itu kita tidak akan tutup,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Hotel Casuarina@Meru di sini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dilaporkan mengkritik keputusan kerajaan mahu menutup beberapa Klinik 1Malaysia yang didakwa berdepan dengan masalah kos tidak efektif.

Menurut Najib, perkhidmatan kerajaan untuk rakyat tidak sepatutnya mengambil kira untung rugi sebaliknya memikirkan kebajikan dan keperluan rakyat.-Utusan Malaysia

 

 

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *