Mahmood Abbas jemput Tun M kunjungi Palestin

KUALA LUMPUR – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas secara rasmi menjemput Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkunjung ke negara bergolak itu sebagai tanda solidariti. Jemputan itu disampaikan oleh wakilnya iaitu Ketua Hakim Palestin, Dr. Mahmoud Sidqi Al-Habbash yang membuat kunjungan rasmi selama empat hari ke negara ini bermula Rabu lalu. Mahmoud berkata, jemputan yang sama […]

Dr M pertahan hak Malaysia tidak hantar pulang Zakir Naik

MELAKA – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi keengganan Malaysia membenarkan ekstradisi penceramah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik. Dalam kenyataanya kepada media, Mahathir menyamakan kes Zakir dengan usaha Malaysia membawa pulang bekas pegawai polis yang disabitkan membunuh, Sirul Azhar Umar, dari Australia. “Kita minta Australia ekstradisi Sirul, dan mereka takut kita akan hantarnya ke […]

Syukuri nikmat Hari Raya

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menyeru supaya umat Islam di negara ini mensyukuri nikmat dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan gembira serta berjaya mengamalkan ibadat puasa tanpa sebarang gangguan. Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara tersebut tidak berlaku di mana-mana sahaja memandangkan ramai umat Islam tidak dapat berpuasa kerana keadaan di negara mereka tidak stabil […]

Keamanan negara nikmat yang besar – Dr Mahathir

JERLUN – Keamanan yang dikecapi negara hari ini adalah satu nikmat yang begitu besar, namun ia mungkin tidak disedari segelintir rakyat kerana menganggapnya sebagai perkara biasa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata keadaan itu sebenarnya bukanlah perkara biasa kerana keamanan itu wujud disebabkan rakyat negara ini tidak bermusuhan sesama sendiri seperti yang berlaku […]

Muslim luar negara dakwa Malaysia negara Islam contoh 

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Islam yang datang dari negara-negara Islam lain mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh ketika ramai orang Melayu kerap menuduh kerajaan ketika ini tidak mendaulatkan Islam. Jelas Perdana Menteri lagi, di mana-mana juga di luar negara terdapat orang Islam yang pandang tinggi Malaysia sebagai negara Islam […]

Orang gagal kawal nafsu tak mungkin berjaya

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pihak yang gagal melawan nafsu akan tergolong dalam kalangan mereka lemah dan tidak berjaya. Mahathir berkata, tidak dinafikan hawa nafsu sememangnya akan mendorong manusia melakukan perkara dilarang dalam agama dan ditentang masyarakat seperti menerima rasuah. “Rasuah itu tidak baik tetapi jika tidak melawan nafsu […]

Produktiviti penting untuk kemajuan ekonomi

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gaji tinggi tanpa peningkatan produktiviti tidak bermakna kerana hanya akan membawa kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Perdana Menteri berkata, pakar ekonomi dan perniagaan selalu mengingatkan beliau bahawa produktiviti sangat penting untuk kemajuan ekonomi. Beliau berkata, satu daripada cabaran terbesar ahli perniagaan Malaysia kini ialah meningkatkan produktiviti […]

Status negara maju enam tahun lagi

PENAMPANG – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia boleh mencapai status negara maju pada tahun 2025 selepas sasaran awal yang sepatutnya dicapai pada tahun depan tidak mencapai aras yang ditetapkan. Perdana Menteri berkata, sasaran baharu itu mampu dicapai sejajar peralihan kerajaan di peringkat Pusat dan negeri yang mengambil pelbagai langkah untuk memajukan negara dan negeri […]

Kabinet bincang kewangan TH esok (5 April), hibah diumum dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri akan membincangkan cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula Lembaga Tabung Haji (TH) semasa mesyuarat Kabinet pada Jumaat. Susulan itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, TH akan mengumumkan hibah dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat kabinet memutuskan mengenainya esok. “Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu membabitkan kedudukan kewangan TH dan […]

Malaysia kutuk serangan berterusan Israel ke atas Gaza

LANGKAWI – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas Gaza semalam, beberapa jam selepas roket Palestin mengenai sebuah rumah di Tel Aviv. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia menentang tindakan keganasan Israel yang menyerang Gaza. “Serangan balas kalau dia (Israel) buat tentu lebih teruk daripada apa yang terkena kepada Israel. Itulah cara […]