Home » Langit Terbuka » Mahmood Abbas jemput Tun M kunjungi Palestin

Mahmood Abbas jemput Tun M kunjungi Palestin

Jemputan oleh Mahmoud (gambar) ke atas Tun Mahathir adalah sebagai solidariti. - Foto Voice of The Cape.com

KUALA LUMPUR – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas secara rasmi menjemput Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkunjung ke negara bergolak itu sebagai tanda solidariti.

Jemputan itu disampaikan oleh wakilnya iaitu Ketua Hakim Palestin, Dr. Mahmoud Sidqi Al-Habbash yang membuat kunjungan rasmi selama empat hari ke negara ini bermula Rabu lalu.

Mahmoud berkata, jemputan yang sama juga diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

“Tujuan kunjungan saya adalah untuk menyatakan jemputan Mahmoud Abbas supaya Dr. Mahathir ke Palestin untuk menyatakan sokongan terhadap isu-isu Palestin.

“Mujahid sendiri sudah nyatakan persetujuan terhadap undangan ini dan sedang merangka lawatan itu,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kedutaan Besar Palestin ke Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.-Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *