‘Ikat perut’ dituju kepada jabatan kerajaan elak membazir

SHAH ALAM – Saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar anggota kerajaan ‘ikat perut’ perlu dilihat pada penggunaan bajet setiap jabatan kerajaan bagi mengelak berlakunya pembaziran. Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Tan Sri Dr Anuwar Ali berpendapat, Dr Mahathir tidak mahu bajet yang diperuntukkan, digunakan untuk projek yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat. “Ada projek […]

Dr M gesa Islam kaji diri kenapa Islamofobia berleluasa

PETALING JAYA – Dr Mahathir Mohamad menggesa umat Islam tidak hanya melihat sikap pengkritik, tetapi perlu mengkaji jika diri mereka menyumbang kepada persepsi Islamofobia masih berleluasa. “Adakah kita berbuat sesuatu untuk mendapat nama itu? “Jika kita mahu menjadikan Islam kurang dibenci, kita perlu cari apa salah yang kita sudah lakukan, walaupun kita ingin katakan kita […]

Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju, kata Mahathir

ISLAMABAD – Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju (di barat) menyebabkan mereka tidak berani membantah sebarang tindakan tidak betul oleh negara barat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata kerana itu, mereka terpaksa akur dengan apa juga yang dilakukan oleh negara barat ” Negara Islam terlalu bergantung kepada negara maju untuk segala-galanya. Kebolehan […]

Negara Islam perlu usaha setanding negara maju

ISLAMABAD – Malaysia dan negara Islam yang lain perlu berusaha agar setanding dengan negara maju, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, Malaysia berpendapat terdapat ruang untuk memperluaskan kerjasama dengan atau antara negara Islam lain. “Hari ini tidak ada satupun negara Islam yang dianggap sebagai negara maju. Sebenarnya Malaysia mempunyai perancangan menjadi negara […]

Dr. Mahathir tubuh Majlis Tindakan Ekonomi

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi bertujuan meneliti serta membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memberitahu, majlis yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu terdiri daripada 16 ahli merangkumi beberapa menteri Kabinet, tokoh-tokoh ekonomi serta pemimpin-pemimpin industri. “Majlis ini ditubuhkan […]

NGO Islam pohon serah Deklarasi Rakyat tolak Israel kepada PM

PUTRAJAYA – Lebih 45 badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam berhimpun di perkarangan pintu masuk Masjid Putra, Putrajaya bagi menunjukkan solidariti terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung penolakan kemasukan atlet Paralimpik Israel ke negara ini. Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid, kesemua NGO itu menyokong sepenuhnya keputusan Perdana Menteri, […]

Tadbir urus baik, kestabilan kunci kemajuan, kata Mahathir

DAKAR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan tadbir urus yang baik dan kestabilan sebagai kunci utama bagi mana-mana negara untuk mencapai kemajuan. Perdana Menteri Malaysia itu berkata demikian dalam perutusan videonya yang ditayangkan pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Kali Ketiga Mengenai Kemunculan Afrika (ICEA-III) pada Khamis. Dr Mahathir memberitahu hadirin bahawa beliau percaya beliau mempunyai […]

Kerajaan akan terus bantu industri pembuatan tempatan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan dan sokongan kepada penggiat industri pembuatan tempatan, setakat yang termampu. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun kemampuan kewangan kerajaan adalah terhad, namun kerajaan mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara industri. “Syarikat yang menerima bantuan perlu lebih berusaha untuk berjaya sehingga tidak memerlukan lagi bantuan kerajaan. […]

Jangan menangguk di air keruh – PM

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman pada Isnin lalu, wajar menjadi peringatan kepada rakyat akan tanggungjawab menjaga keselamatan, kestabilan serta ketenteraman negara. Sehubungan itu, Perdana Menteri, meminta ahli politik atau pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) tidak mengambil sebarang tindakan atau mengeluar kenyataan provokatif yang boleh menimbulkan […]

Menentang ICERD cerminan ketakutan lama orang Melayu, kata Dr M

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terkejut melihat bantahan keras kumpulan-kumpulan Melayu terhadap cadangan Putrajaya mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD). Beliau berkata kebimbangan sekitar keistimewaan Bumiputera, perkara utama dalam penentangan terhadap perjanjian sejagat itu, cerminan sentimen orang Melayu di awal-awal kemerdekaan Malaysia daripada British. “Ketika itu saya sudah pun aktif […]