Round Table Discussion YADIM – MBM

Dari sudut sejarah, masyarakat di Malaysia telah bersama-sama menubuhkan serta memerdekakan negara ini dan ianya membentuk Ta’ayush atau kehidupan bersama antara Muslim dan bukan Muslim. Justeru, ada keperluan untuk menekuni sudut Fiqh Ta’ayush (Fiqh kewujudan bersama) dalam konteks semasa dan Maqasid Syariah. Menyedari hakikat ini Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia […]

Halatuju MAIM 2020 – 2021

BANGI – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) selaku antara entiti utama di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak dinafikan memainkan peranan cukup besar dalam menyusun dan mencorakkan hala tuju badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini. Perancangan untuk melaksanakan usaha tersebut memerlukan ketelitian dan persefahaman antara badan badan yang berkenaan. Bagi mencapai tujuan […]

Perkasa sinergi MAIM, MAWAR, NUIM

PUTRAJAYA – Sinergi entiti di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bukan sahaja berperanan sebagai pemikir, tetapi berpotensi melonjakkan peranan badan ini dalam bidang dakwah di negara ini. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berharap, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) dan Nadwah Ulama dan Ilmuan […]

Yayasan Usuluddin mahu bernaung di bawah YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Usuluddin Malaysia (YaUM), sebuah badan dakwah yang memfokuskan kepada pendidikan dan kebajikan, menyatakan hasrat untuk bernaung di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hasrat tersebut disampaikan oleh Pengasasnya, Dr Mohamad Kamil Abdul Majid dalam kunjung hormatnya ke ibu pejabat YADIM di sini pada 29 Ogos. Hadir bersama beliau ialah Ahli Lembaga Pengurus […]

Penubuhan Jabatan Pendidikan Islam Melaka dimuktamad tahun ini

MELAKA – Kerajaan negeri berharap penubuhan Jabatan Pendidikan Islam yang masih dalam proses perbincangan dapat dimuktamad dan direalisasikan tahun ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kelewatan pembangunan jabatan yang sebelum ini dijadualkan dapat ditubuhkan Mac lalu terpaksa ditunda atas beberapa faktor termasuk melibatkan isu perlembagaan. Menurutnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagaimanapun sedang membuat perbincangan […]

30 keluarga miskin terima sumbangan MAIM

BESUT – Sebanyak 30 keluarga miskin dan asnaf di perkampungan nelayan Pulau Perhentian menerima sumbangan daripada Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) hari ini (18 Mei). Sumbangan disampaikan sempena program Kembara Rahmah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sambil menyantuni penduduk miskin dan asnaf di pulau tersebut. MAIM merupakan gabungan kepada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di […]