50 kotak barangan keperluan untuk Pertubuhan Bakti Massa

PUTRAJAYA – Pertubuhan Bakti Massa, sebuah rakan badan bukan kerajaan (NGO) YADIM pada 27 April menerima sumbangan barangan keperluan dan wang tunai daripada badan dakwah ini bagi membantunya melaksanakan gerak kerjanya. Sumbangan 50 pek barangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dalam satu majlis di ibu pejabat YADIM di sini, yang diselaraskan […]

Jangan sisih kami…

KUANTAN – “Kami juga mahu solat, kami juga mahu berpuasa dan mengaji… Jangan sisih kami’. Alhamdulillah, menerusi program mendekati golongan rentan di sini anjuran pihak seperti YADIM dan rakan rakannya sebenarnya sudah membuahkan hasil,”. Itu antara yang diluahkan dalam sesi dialog bersama golongan rentan di sini anjuran YADIM dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan seperti […]

Sumbangan lampin pakai buang, kit pesakit dari Majlis Amal Islami Malaysia YADIM untuk HKL

KUALA LUMPUR – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) YADIM pada 24 Januari telah menyerahkan sumbangan 50 set lampin pakai buang dewasa dan Kit Pesakit untuk Wad Hospital Kuala Lumpur (HKL). MAIM diwakili Pengerusinya, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim merangkap Pengarah Kanan Pejabat Yang Dipertua YADIM. Turut mengiringi ialah rakan badan bukan kerajaan, Syabab Care yang […]

Lawatan Yang Dipertua YADIM dan MAIM ke PERKID Hulu Langat.

HULU LANGAT – Yang Dipertua  YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan telah mengadakan lawatan ke Kem Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia atau PERKID di Hulu Langat, Selangor pada 12 Januari. Lawatan berkenaan merupakan di antara siri lawatan beliau kepada rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) yang dirangka pada tahun 2022.  Turut hadir […]

‘Saya terbuka rai pandangan NGO Islam demi dakwah terus subur’ – Idris

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad memberi jaminan untuk bersikap terbuka menerima idea dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tempatan. Malah, beliau menyeru mereka tidak malu menyuarakan pandangan walaupun tampak unik demi pembangunan agenda dakwah di negara ini terus diperkasakan dengan lebih sempurna. “Saya begitu terbuka untuk dengar dan raikan […]

YADIM, 130 NGO Islam MAIM desak pemimpin henti bertelagah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan 130 rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bersama dalam Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) menyeru semua pihak terutama pemimpin untuk berhenti bertelagah dan berebut kuasa ketika ini kerana ia hanya akan memecahbelahkan negara. Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, Yadim menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan […]

MURTADKAN ISLAM: YADIM SEDIA KERJASAMA DENGAN NGO BERI PENJELASAN DAN TINDAKAN

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyambut baik ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat  Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam isu memurtadkan penganut Islam seperti yang sedang tular ketika ini. YADIM juga sedar dan faham tentang keluh kesah masyarakat apabila isu ini timbul. Ia bukan sekadar tentang pemahaman akidah […]

MAIM badan selaras NGO

KUALA LUMPUR – Penubuhan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dibawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menjadi Sektetariat Penyatuan dan Penyelarasan untuk semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan diberi peranan utama untuk menggerakkan MAIM berkata, pihaknya telah merangka pelbagai program serta gerak kerja bagi menyokong kerajaan dalam memperkasakan usaha […]

Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu di Marang

BUKIT PAYONG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 22 April meneruskan lagi program menyantuni golongan yang menerima kesan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini. Bertempat di Masjid Rawai, Marang di sini, seramai 50 keluarga dari kalangan asnaf menerima sumbangan YADIM Terengganu. Majlis diadakan dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) […]